Latitud kuda

Latitud kuda atau garis lintang kuda atau kawasan tekanan tinggi subtropika ialah latitud subtropika antara 30 dan 38 darjah kedua-dua utara dan selatan di mana atmosfera bumi dikuasai oleh tekanan tinggi subtropika, kawasan tekanan tinggi yang menyekat pembentukan hujan dan awan, dan mempunyai angin berubah-ubah bercampur dengan angin tenang.Latitud kuda dikaitkan dengan anti siklon subtropika dan penurunan udara besar-besaran dari arus beraltitud tinggi bergerak ke arah kutub. Selepas sampai ke permukaan bumi, udara ini menyebar ke arah khatulistiwa sebagai sebahagian daripada angin dagang lazim atau ke arah kutub sebagai sebahagian daripada angin baratan. Jalur dalam Hemisfera Utara kadang-kadang dipanggil "kawasan tenang Sartan" dan dalam Hemisfera Selatan "kawasan tenang Jadi".Keadaan latitud kuda yang panas, kering, dan cerah secara berterusan adalah punca utama kepada kewujudan gurun bukan kutub utama dunia, seperti Gurun Sahara di Afrika, Gurun Arab dan Gurun Syria di Timur Tengah, Gurun Mojave dan Gurun Sonoran di barat daya Amerika Syarikat dan utara Mexico, semua di Hemisfera Utara; dan Gurun Atacama, Gurun Kalahari, dan Gurun Australia di Hemisfera Selatan.